Dilahirkan pada 15/4/....
mempunyai 4 orang adik beradik dalam keluarga yang sederhana je... Mi adalah anak yang bongsu...
kami sekeluarga minat bidang seni... lebih-lebih lagi ayah... dia minat menyanyi zaman muda2 lagi, bila kawin dengan mak , mak pun ikut nyanyi tapi nyanyi nasyid dan jemputan orang kawin je... bila Mi dah sekolah darjah satu mak tak nyanyi dah... ayah je yang bawak Mi dan kakak g nyanyi kat rumah orang kawin...
Masa tu ayah bagi upah nyanyi RM2... masa kecik rm2 tu rasa dah banyak sangat... boleh tahan seminggu duit belanja sekolah... hehe.
Semasa di sekolah rendah Mi aktif gak.. pantang ada event ape2 nama naik dulu... boleh katakan dalam satu show tu Mi ambik 4-5 bahagian... letih la jgak, tapi seronok... nyanyi solo, nyanyi nashid, koir, tarian ramai-ramai, tarian solo, main alat muzik... ada gak yang jelouse ngan Mi tapi nak buat macamana dah cikgu suruh ikut je la...
Lepas tu Mi masuk tingkatan 4 di sekolah perempuan di Kelang tapi tak lama cuma 2 bulan je.. tak tahan duk jauh ngan mak n ayah , Mi masuk sekolah SAAS di Kuala Selangor, di situ Mi jumpa balik dengan kawan baik Mi Zalilah dan Amizah... kami bergabung kembali , aktif balik di sekolah... bila tingkatan 5 Zalilah n Amizah dah habis sekolah tinggallah Mi sorang2. Susah nak dapat kawan macam diaorang... tapi mujurlah ada kawan2 lain sudi berkawan ngan Mi... Masa ni ada la sorang kawan (Julaiha) jadi kawan baik sejak tingkatan 4 lagi... tapi dia ni tak minat sangat bab nyanyi n menari ni... dia cuma bg sokongan je... tapi sayang habis sekolah langsung tak dapat hubungi dia...
Lepas SPM, masing-masing bawa haluan sendiri.. tiada lagi kawan2 zaman sekolah... Ayah suruh Mi blajar kat salon tapi Mi tak minat...pernah dapat tawaran lanjut pelajaran di MPIK tapi minat Mi tebal dalam bidang nyanyian.... akhirnya Mi ikut saja ayah ke sana ke sini penuhi undangan majlis perkahwinan mahu pun undangan majlis rasmi sekitar daerah Kelang, Kuala Selangor dan daerah lain... Dalam pada itu juga Mi juga dapat show kecil-kecilan nyanyi kat fun fair...
Mi jumpa sebuah keluarga (Allahyarham Ramlee Hj.Hashim) yang betul2 berminat nak jadikan Mi seorang penyanyi, Mi tinggal bersama mereka dan menjadi anak angkat mereka dan tinggal di Tok Muda Kapar. Ke mana saja diaorang pergi Mi mesti ikut... dapat undangan dari Wanita Umno bahagian Kapar dan Kelang, masa tu kalau tak silap Datin Wan Intan la ketuanya... (maaf la kalau tersilap ye). Tunggu punya tunggu tapi hasrat dan cita-cita masih tak kesampaian..., Dalam pada masa yang sama, suami Mi sedang mencari lokasi untuk shooting drama bersiri 30 episod sepanjang bulan puasa Siti Zulakha, di rumah keluarga angkat Mi ni la jadi port untuk kru dan salah satu lokasi penggambaran selain sekitar kampung tu. Maka di sini la bibit perkenalan Mi dan suami.. cewaaah... :-)
Alhamdulillah... hubungan kami di restui oleh mak dan ayah serta keluarga angkat... dan kami pun bertunang setelah 6 bulan berkenalan... Mi juga ada pergi buat audition kat studio Ella (and the boys).. diorang kata suara mi ok.. dan mintak datang audition sekali lagi terus nak sain kontrak... tapi ayah tak berapa berkenan sebab tampil dengan konsep rock... jadi terpaksa lupakan je... hati sedih jugak la.... Akhirnya pada suatu hari mi dapat satu projek buat jinggle satu produk jualan langsung dan Azmeer yang kompose lagu tu.. selepas selesai rakaman lagu tu... Mi di kehendaki pulak nyanyi live di hari konvensyen pruduk tersebut... masa tu Azmeer pun ada... selesai menyanyi.. di belakang pentas Azmeer suruh mi datang ke studio Betarec untuk buat audition..
Selesai je audition, Azmeer bersetuju untuk ambik Mi jadi artis rakaman pertama beliau... Maka bermula la kehidupan ku sebagai artis rakaman... Dalam sibuk nak buat rakaman... Mi diijab kabulkan dengan Zulkifli Ab. Rashid seorang penolong pengarah drama pada masa tu sebelum berkhidmat sebagai Pegawai Kebudayaan. Maklumlah bila dah jadi artis, mak dan ayah susah hati sebab ke sana ke mari takde ikatan yang sah.... orang tak tahu yang Mi dah kawin.. kami buat kecil-kecilan je... hanya keluarga terdekat dan Azmeer je yang tahu... lagi pun takde siapa yang tanya Mi dah kawin ke belum... sebab tu orang kata Mi kawin sorok... Ok la kita tinggal kisah tu... sambung balik cerita seni Mi...
Sebelum Mi buat album, Mi ditawarkan menyanyikan lagu tema sebuah drama bertajuk Wardah lakonan Norlida Ahmad (Conie Ahmad). Memang lagu ni popular pada masa tu. Jadi dengan popularnya lagu Wardah, maka dengan persetujuan bersama, Azmeer jadikannya tajuk album Mi yang pertama di bawah label Fox Record edaran Life Record. Selain Wardah, lagu Keikhlasan juga tak kurang popularnya dan pernah menduduki tempat teratas dalam Carta pujaan 10 Nescafe pada masa tu, diikuti dengan lagu Doa Anak Desa yang sehingga kini masih lagi kedengaran sekali sekala di radio klasik (RTM). Album ni mendapat sambutan baik sehingga boleh dikatakan setiap minggu Mi dapat undangan menyanyi ke seluruh Malaysia, Brunai dan Singapura selain promosi album di shopping Mall.
Selang 2 tahun, album kedua pula menyusul dengan tajuk Kasih Bermula, namun tak berapa mendapat sambutan atas kurangnya promotion dan ada sedikit masalah dalaman...Dalam pada masa yang sama Mi melahirkan anak yang pertama (Ahmad Zareem). Walaubagaimana pun undangan masih diterima setiap minggu walaupun tak serancak album pertama. Apabila suami mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara (Manchester, UK), Mi dan anak turut berhijrah ke sana selama 3 tahun. Di sana melahirkan anak ke dua (Ahmad Zameer).
Selama di sana, Mi bergaul dengan masyarakat Malaysia rata-rata adalah pelajar dan isteri2 pelajar. Kehidupan di Manchester benar-benar berlainan dari kehidupan Mi di Malaysia. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja aktiviti bermasyarakat seperti usrah dan aktiviti keugamaan... di sini lah terbukanya pintu hati Mi untuk memakai tudung dan berniat untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang nyanyi lagi.. atas nasihat seorang kakak yang rapat dengan Mi semasa di sana... Bila balik Malaysia kehidupan Mi tidak la sesibuk sebelum ke luar negara... menjadi surirumah sepenuh masa... melihat anak-anak membesar di depan mata... lebih-lebih lagi anak yang ketiga (Ahmad Zamree) tak boleh berenggang langsung. Namun begitu darah seni yang mengalir takkan dapat dihentikan... ianya akan sentiasa mengalir walaupun tak sederas dahulu...
Sehingga hari ini Mi tetap Mimi Asmida yang sama walaupun Mi dah berubah penampilan...
Demikianlah secebis kisah Mi yang tak seberapa ini....
semoga kawan-kawan tak bosan dengan kisah Perjalanan Seni ku.....
Wassalam.... wbt...
No comments:
Post a Comment