Showing posts with label Macam Macam. Show all posts
Showing posts with label Macam Macam. Show all posts
Friday, 2 December 2011
Janganlah Malu Mengaku Kesilapan
Pernahkah kita fikir... dalam satu hari berapa kali kita membuat kesilapan.... pernahkah kita menyesali atas kesilapan itu... atau berpuas hati dengan apa yang telah kita lakukan....
Pernahkah kita fikir... apa perasaan orang sekeling, apa yang mereka lihat itu adalah satu kesalahan atau membiarkan begitu saja....
Jika anda sedar akan apa yang telah anda lakukan bermakna anda perihatin....
namun jika tidak anda seorang yang hanya mementingkan diri sendiri...
Biar sebijak dan sepandai mana sekali pun kita... janganlah malu mengaku kesilapan diri....
Thursday, 27 October 2011
Kisah Zameer
Aku sangat beruntung kerana mempunyai 3 ibu mertua... semuanya baik2 dan sporting sekali... walaupun 2 dari mereka dah ikut haluan masing2 namun tetap baik... Kisah terjadi masa balik kampung 4 tahun lepas... masa tu baru balik dari pekan untuk pulang ke rumah ayah mertua ku... dalam kereta anak ku yang nombor 2 (Zameer) bertanya padaku... "mama, yang kita jumpa tadi tu siapa" aku jawab- "mama papa la", dia tanya lagi...- "habis yang kita jumpa semalam dan yang ada kat rumah tu siapa pulak..", aku jawab lagi- "mama papa jugak la", dia pun cakap- "Waaa.... ramainye mama papa.... best la.... Zameer pun nak jugaaak....". Tersedak skejap aku...., papa yang sedang memandu tersenyum lebar...., abangnya terkekek2 ketawa.... dalam senyum aku jeliiing je papa... Hmmm... ape la punya permintaan anak ni... macam mintak mainan je... hehehe... ..
Monday, 17 October 2011
Oh!... Adik....
Hari ni pergi klinik bawak adik... doktor kata adik ada tanda-tanda Hernia... (Angin Pasang) tapi tak comfirm lagi... kena bawa jumpa pakar... tapi tengok adik relax je.. tak ada tunjuk rasa sakit pun... tapi hati bimbang juga... takut jadi teruk... risaunya...
Nak cari petua-petua kampung kalau-kalau ada cara kampung... adik ipar cakap tuam dengan pasir panas yang digoreng dan dibungkus dengan kain dan tuam... ada lagi orang cakap layur daun sireh dan tuam... ada jugak yang cakap letak vicks... sambil tolak perlahan-lahan ke atas...
Kena cuba la petua-petua ni.. kalau tak boleh gak terpaksa la bawa pergi ke hospital...
Ya.. Allah hanya Engkaulah yang Maha mengetahui hati dan perasaan ku...
(Nak cari pokok Kesumba Keling ni untuk buat ubat.)
Nak cari petua-petua kampung kalau-kalau ada cara kampung... adik ipar cakap tuam dengan pasir panas yang digoreng dan dibungkus dengan kain dan tuam... ada lagi orang cakap layur daun sireh dan tuam... ada jugak yang cakap letak vicks... sambil tolak perlahan-lahan ke atas...
Kena cuba la petua-petua ni.. kalau tak boleh gak terpaksa la bawa pergi ke hospital...
Ya.. Allah hanya Engkaulah yang Maha mengetahui hati dan perasaan ku...
(Nak cari pokok Kesumba Keling ni untuk buat ubat.)
Wednesday, 12 October 2011
Kata Hati
“Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.”
“Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.” ~ Marcus Aurelius
Monday, 3 October 2011
Buat Anak Mama...
Hari ni rasa takde selera nak makan... susah hati berdebar-debar pun ada... esok anak nak ambik PMR... mudah-mudahan dia boleh jawab dengan tenang... tapi nampak hari ni dia tak berapa sihat... nampak tak selesa je... mungkin nervouse la kot.... (buat anak mama jangan stress sangat... buat la yang terbaik... apa pun jawab dengan tenang ... Mama doakan agar dapat keputusan yang cemerlang... InsyaAllah... Amin..
Saturday, 1 October 2011
Hati
Terlalu menjaga hatinya..., menjadikan hatiku membengkak..., mudah2an jangan sampai pecah dan bernanah..., kelak akan menanggung sakit yang teramat menyeksakan.... Namun begitu hati ku tak pernah berhenti menyayangi.....
Subscribe to:
Posts (Atom)

