Tuesday 27 December 2011

PELEMBUT HATI & PENDINDING DIRI

 


Bacaan untuk anak/suami/isteri yang degil untuk solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami/isteri anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan semasa anak /suami/isteri sedang tidur nyenyak. InsyaAllah....

Friday 2 December 2011

Janganlah Malu Mengaku Kesilapan


Pernahkah kita fikir... dalam satu hari berapa kali kita membuat kesilapan.... pernahkah kita menyesali atas kesilapan itu... atau berpuas hati dengan apa yang telah kita lakukan....

Pernahkah kita fikir... apa perasaan orang sekeling, apa yang mereka lihat itu adalah satu kesalahan atau membiarkan begitu saja....

Jika anda sedar akan apa yang telah anda lakukan bermakna anda perihatin....
namun jika tidak anda seorang yang hanya mementingkan diri sendiri...

Biar sebijak dan sepandai mana sekali pun kita... janganlah malu mengaku kesilapan diri....

Thursday 27 October 2011

Kisah Zameer

Aku sangat beruntung kerana mempunyai 3 ibu mertua... semuanya baik2 dan sporting sekali... walaupun 2 dari mereka dah ikut haluan masing2 namun tetap baik... Kisah terjadi masa balik kampung 4 tahun lepas... masa tu baru balik dari pekan untuk pulang ke rumah ayah mertua ku... dalam kereta anak ku yang nombor 2 (Zameer) bertanya padaku... "mama, yang kita jumpa tadi tu siapa" aku jawab- "mama papa la", dia tanya lagi...- "habis yang kita jumpa semalam dan yang ada kat rumah tu siapa pulak..",  aku jawab lagi- "mama papa jugak la", dia pun cakap- "Waaa.... ramainye mama papa.... best la.... Zameer pun nak jugaaak....". Tersedak skejap aku...., papa yang sedang memandu tersenyum lebar...., abangnya terkekek2 ketawa.... dalam senyum aku jeliiing je papa... Hmmm... ape la punya permintaan anak ni... macam mintak mainan je... hehehe... ..

Bahtera Hidup ku

                                                                    
MAMA & PAPA  
         


AHMAD ZAREEM



AHMAD ZAMEER



    AHMAD ZAMREE 

Perjalanan Seniku

Dilahirkan pada 15/4/.... 
mempunyai 4 orang adik beradik dalam keluarga yang sederhana je... Mi adalah anak yang bongsu...
kami sekeluarga minat bidang seni... lebih-lebih lagi ayah... dia minat menyanyi zaman muda2 lagi,  bila kawin dengan mak , mak pun ikut nyanyi tapi nyanyi nasyid dan jemputan orang kawin je... bila Mi dah sekolah darjah satu mak tak nyanyi dah... ayah je yang bawak Mi dan kakak g nyanyi kat rumah orang kawin... 
Masa tu ayah bagi upah nyanyi RM2... masa kecik rm2 tu rasa dah banyak sangat... boleh tahan seminggu duit belanja sekolah... hehe. 
Semasa di sekolah rendah Mi aktif gak.. pantang ada event ape2 nama  naik dulu... boleh katakan dalam satu show tu Mi ambik 4-5 bahagian... letih la jgak, tapi seronok... nyanyi solo, nyanyi nashid, koir, tarian ramai-ramai, tarian solo, main alat muzik... ada gak yang jelouse ngan Mi tapi nak buat macamana dah cikgu suruh ikut je la... 

Di sekolah menengah (SMJ) Mi aktif jugak , kalau ada pertandingan nyanyian , mesti masuk punya... sampai kawan2 kata tak yah la masuk bg chance kt orang lain.. mana taknye 3 tahun berturut2 sapu bersih... hehe... kat sekolah ni cikgu bagi kepercayaan suruh kreograf 2-3 tarian untuk hari guru dan masuk pertandingan peringkat sekolah... tapi Mi tak buat sorang2, Mi dan 2 orang kawan rapat (Zalilah dan Amizah) kreograf tarian tu sama-sama.. best betul masa ni... sampai tingkatan 3 lepas SRP kami bertiga berpecah, sebab sekolah tu sampai tingkatan 3 je, Mi sangkut SRP tapi ambik sekali lagi dapat cemerlang dan best student lagi ...hehe,


Lepas tu Mi masuk tingkatan 4 di sekolah perempuan di Kelang tapi tak lama cuma 2 bulan je.. tak tahan duk jauh ngan mak n ayah , Mi masuk sekolah SAAS di Kuala Selangor, di situ Mi jumpa balik dengan kawan baik Mi Zalilah dan Amizah... kami bergabung kembali , aktif balik di sekolah... bila tingkatan 5 Zalilah n Amizah dah habis sekolah tinggallah Mi sorang2. Susah nak dapat kawan macam diaorang... tapi mujurlah ada kawan2 lain sudi berkawan ngan Mi... Masa ni ada la sorang kawan (Julaiha) jadi kawan baik sejak tingkatan 4 lagi... tapi dia ni tak minat sangat bab nyanyi n menari ni... dia cuma bg sokongan je... tapi sayang habis sekolah langsung tak dapat hubungi dia...


Lepas SPM, masing-masing bawa haluan sendiri.. tiada lagi kawan2 zaman sekolah... Ayah suruh Mi blajar kat salon tapi Mi tak minat...pernah dapat tawaran lanjut pelajaran di MPIK tapi minat Mi tebal dalam bidang nyanyian.... akhirnya Mi ikut saja ayah ke sana ke sini penuhi undangan majlis perkahwinan mahu pun undangan majlis rasmi sekitar daerah Kelang, Kuala Selangor dan daerah lain... Dalam pada itu juga Mi juga dapat show kecil-kecilan nyanyi kat fun fair...


Mi jumpa sebuah keluarga (Allahyarham Ramlee Hj.Hashim) yang betul2 berminat nak jadikan Mi seorang penyanyi, Mi tinggal bersama mereka dan menjadi anak angkat mereka dan tinggal di Tok Muda Kapar. Ke mana saja diaorang pergi Mi mesti ikut... dapat undangan dari Wanita Umno bahagian Kapar dan Kelang, masa tu kalau tak silap Datin Wan Intan la ketuanya... (maaf la kalau tersilap ye). Tunggu punya tunggu tapi hasrat dan cita-cita masih tak kesampaian..., Dalam pada masa yang sama, suami Mi sedang mencari lokasi untuk shooting drama bersiri 30 episod sepanjang bulan puasa Siti Zulakha, di rumah keluarga angkat Mi ni la jadi port untuk kru dan salah satu lokasi penggambaran selain sekitar kampung tu. Maka di sini la bibit perkenalan Mi dan suami.. cewaaah... :-)


Alhamdulillah... hubungan kami di restui oleh mak dan ayah serta keluarga angkat... dan kami pun bertunang setelah 6 bulan berkenalan... Mi juga ada pergi buat audition kat studio Ella (and the boys).. diorang kata suara mi ok.. dan mintak datang audition sekali lagi terus nak sain kontrak... tapi ayah tak berapa berkenan sebab tampil dengan konsep rock... jadi terpaksa lupakan je... hati sedih jugak la.... Akhirnya pada suatu hari mi dapat satu projek buat jinggle satu produk jualan langsung dan Azmeer yang kompose lagu tu.. selepas selesai rakaman lagu tu... Mi di kehendaki pulak nyanyi live di hari konvensyen pruduk tersebut... masa tu Azmeer pun ada... selesai menyanyi.. di belakang pentas Azmeer suruh mi datang ke studio Betarec untuk buat audition..


Selesai je audition, Azmeer bersetuju untuk ambik Mi jadi artis rakaman pertama beliau... Maka bermula la kehidupan ku sebagai artis rakaman... Dalam sibuk nak buat rakaman... Mi diijab kabulkan dengan Zulkifli Ab. Rashid seorang penolong pengarah drama pada masa tu sebelum berkhidmat sebagai Pegawai Kebudayaan. Maklumlah bila dah jadi artis, mak dan ayah susah hati sebab ke sana ke mari takde ikatan yang sah.... orang tak tahu yang Mi dah kawin.. kami buat kecil-kecilan je... hanya keluarga terdekat dan Azmeer je yang tahu... lagi pun takde siapa yang tanya Mi dah kawin ke belum... sebab tu orang kata Mi kawin sorok... Ok la kita tinggal kisah tu... sambung balik cerita seni Mi...


Sebelum Mi buat album, Mi ditawarkan menyanyikan lagu tema sebuah drama bertajuk Wardah lakonan Norlida Ahmad (Conie Ahmad). Memang lagu ni popular pada masa tu. Jadi dengan popularnya lagu Wardah, maka dengan persetujuan bersama, Azmeer jadikannya tajuk album Mi yang pertama di bawah label Fox Record edaran Life Record. Selain Wardah, lagu Keikhlasan juga tak kurang popularnya dan pernah menduduki tempat teratas dalam Carta pujaan 10 Nescafe pada masa tu, diikuti dengan lagu Doa Anak Desa yang sehingga kini masih lagi kedengaran sekali sekala di radio klasik (RTM). Album ni mendapat sambutan baik sehingga boleh dikatakan setiap minggu Mi dapat undangan menyanyi ke seluruh Malaysia, Brunai dan Singapura selain promosi album di shopping Mall.


Selang 2 tahun, album kedua pula menyusul dengan tajuk Kasih Bermula, namun tak berapa mendapat sambutan atas kurangnya promotion dan ada sedikit masalah dalaman...Dalam pada masa yang sama Mi melahirkan anak yang pertama (Ahmad Zareem). Walaubagaimana pun undangan masih diterima setiap minggu walaupun tak serancak album pertama. Apabila suami mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara (Manchester, UK), Mi dan anak turut berhijrah ke sana selama 3 tahun. Di sana melahirkan anak ke dua (Ahmad Zameer).


Selama di sana, Mi bergaul dengan masyarakat Malaysia rata-rata adalah pelajar dan isteri2 pelajar. Kehidupan di Manchester benar-benar berlainan dari kehidupan Mi di Malaysia. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja aktiviti bermasyarakat seperti usrah dan aktiviti keugamaan... di sini lah terbukanya pintu hati Mi untuk memakai tudung dan berniat untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang nyanyi lagi.. atas nasihat seorang kakak yang rapat dengan Mi semasa di sana... Bila balik Malaysia kehidupan Mi tidak la sesibuk sebelum ke luar negara... menjadi surirumah sepenuh masa... melihat anak-anak membesar di depan mata... lebih-lebih lagi anak yang ketiga (Ahmad Zamree) tak boleh berenggang langsung. Namun begitu darah seni yang mengalir takkan dapat dihentikan... ianya akan sentiasa mengalir walaupun tak sederas dahulu...


Sehingga hari ini Mi tetap Mimi Asmida yang sama walaupun Mi dah berubah penampilan...


Demikianlah secebis kisah Mi yang tak seberapa ini....


semoga kawan-kawan tak bosan dengan kisah Perjalanan Seni ku.....




Wassalam.... wbt...



Himpunan Ilmu

Do'a duduk diantara dua sujud

Fahamilah maknanya setiap kali kita mengamalkannya... InsyaAllah, ibadah kita akan lebih khusyuk...
_______________


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
_______________


AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG

Assalamualaikum,


Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.


10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Bunga Crochet

Friday 21 October 2011

Crochet

Ini hasil cubaan Mi yang pertama... sekali buat terus jadi... hubby kata cantik... kalau boleh buat untuk jual lagi bagus... hmmm ada ke orang nak beli... sebenarnya buat ni untuk bakal baby adik ipar... due bulan 11 ni..., ingat nak cuba lagi pettern lain pulak...

Monday 17 October 2011

Oh!... Adik....

Hari ni pergi klinik bawak adik... doktor kata adik ada tanda-tanda Hernia... (Angin Pasang) tapi tak comfirm lagi... kena bawa jumpa pakar... tapi tengok adik relax je.. tak ada tunjuk rasa sakit pun... tapi hati bimbang juga... takut jadi teruk... risaunya... 


Nak cari petua-petua kampung kalau-kalau ada cara kampung... adik ipar cakap tuam dengan pasir panas yang digoreng dan dibungkus dengan kain dan tuam... ada lagi orang cakap layur daun sireh dan tuam... ada jugak yang cakap letak vicks... sambil tolak perlahan-lahan ke atas... 
Kena cuba la petua-petua ni.. kalau tak boleh gak terpaksa la bawa pergi ke hospital... 


Ya.. Allah hanya Engkaulah yang Maha mengetahui hati dan perasaan ku...
(Nak cari pokok Kesumba Keling ni untuk buat ubat.)

Saturday 15 October 2011

Ibu Tercinta...





Ibu....
walau dalam hujan
walau di terik mentari
senyum tetap di bibir
kau insan paling kusanjung
tiada dua mahupun tiga
kau guru paling kucinta
kau mengajar erti cinta
kau mengajar erti hidup
kau mengajar erti anak


Ibu....
selagi hayat dikandung badan
pasti kuserah segala padamu
kerana kutahu
semua itu tiada sebanding
budi dan jasamu

kaulah anugerah terhebat buatku 
Agungnya cintamu membelah hari

Ibu.... 
Tanpa rasa jemu....
kau gagahi langkah nan longlai
Menyusuri onak dan ranjau masa
Kesabaran mu melayani
Setiap kerenah anak-anak mu
Tanpa menghiraukan dirimu
Aku kagum dengan Ibu...

Walau kini kau tak dapat melihat...
Kau tetap melihat dengan mata hati...
Semangatmu tetap kuat...
Kau tetap hebat...


Ibu.... 
Hingga kehari ini
kau insan paling kusayang
selepas Allah dan Rasul…
Ya Allah Hu Ya Rabbi...
Kupanjatkan syukur kehadratmu...
Moga Ibuku diberi....
Kesihatan yang sempurna
Hingga hujung nyawanya
Amin......


Friday 14 October 2011

Buat Gadis Yang Benama Norasifa...



Terima Kasih….
Kerana menyayangi ku
Kerana memberi cahaya dalam kehidupan ku
Kerana memberi keceriaan dalam dunia ku
Kerana memberi sejuta kenangan bersama mu
Kerana menerima ku seadanya



Terima Kasih…..
Kerana menjadi sahabat yang paling akrab
Kerana menjadi pendengar yang setia
Kerana mengisi ruang kosong dalam hidup ku…
Kerana memberi ruang untuk ku mencurah kasih sayangku kepadamu


Ku mohon kemaafan….
Andai ada kesalahanku…
Andai ada yang terkurang..
Andai ada yang tersilap..
Andai ada yang tak tercapai...


Sunyinya….
Sayunya…
Sedihnya… hati…


Tercari-cari…di mana…
Terngiang-ngiang suara keriangan…
Terpandang-pandang…senyuman manismu…


Kuatkan semangat…
Jangan putus asa…
Hanya doa dan harapan ku iringkan..
agar kau berjaya…
Mencapai cita-cita…


Terima kasih kerana menjadi kakak kepada Zareem, Zameer, Zamree

Thursday 13 October 2011

Masak Masak

Di bawah ni.. adalah antara kuih muih yang sempat Mimi adik ipar n anak saudara buat bersama... semasa dia orang datang rumah...




Doughnut Cream Custard



Nasi Dagang



Nasi Ayam



Bread Pudding Caramel



Steamed Chocolate Cake



Honey Dew Re-Union

Wednesday 12 October 2011

Kata Hati






“Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.”
“Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.” ~ Marcus Aurelius

Tuesday 11 October 2011


Ayat-ayat Pembatal Sihir  

Ayat-ayat untuk pembatal sihir.Cara amalan ialah niatkan ayat yang kita baca dan sedekahkan untuk badan kita. Jadikan ia sebagai pendinding dan pantulan. Mudah-mudahan sihir yang datang kepada kita akan terpantul semula kepada si penghantar.



Surah Adh-Dhuha

Surah Adh-Dhuha yang beerti waktu dhuha adalah merupakan surah yang ke 93 didalam al quran,mengandungi 11 ayat,ia dinamakan adh dhuha kerana diawal surah ini allah swt bersumpah dengan waktu dhuha dan juga dengan waktu malam bahawa ia tidak meninggalkan atau membenci nabi muhammad saw sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik.allah swt memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh musuh islam.

Banyak yang kita boleh ambil darinya mengenai fadhilat dan juga faedahnya,antaranya menurut ulama apabila surah ini diamalkan membacanya menjadi wirid 7 kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam,insya allah akan terselamat dari kecurian atau kehilangan.

Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian maka kerjakanlah solat dhuha 3 kali yakni 6 rakaat pada setiap pagi jumaat sehinggalah yang hilang itu dapat kembali,selepas memberi salam maka berdoalah memohon kepadanya.

Selain dari itu sesiapa yang mengamalkan membaca surah adh dhuha 40 kali setiap hari, selama 40 hari dan berdoa memohon kepadanya,insya allah hidupnya akan terjauh dari keadaan fakir.

Kelas Hafazan, Tajwid dan Bahasa Arab